Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Selasa, 4 November 2014

Furious 7 | Filem Aksi Penuh Dengan Deruman Enjin Kereta

Peminat tegar Fast And The Furious pasti ternanti-nanti filem terbaru ini iaitu Furious 7.  Jom layan video trailer ini.  Memang gempak...



-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o- 
Furious 7 sudah habis pengambarannya dan akan ke udara seluruh dunia pada 3 April 2015.  Tema utama cerita ini ialah balas dendam. Ianya adalah sambungan dari sekuel Fast And Furious 6 yang berakhir dengan kematian karakter Han, yang dimainkan oleh Sung Kang. Krew tersebut akan membalas dendam kematian Han dan pada masa yang sama, Ian Shaw yang merupakan abang kepada penjahat dalam filem ke 6 itu akan dimainkan oleh Jason Statham yang juga ingin membalas dendam atas kematian adiknya.


Satu lagi tema yang dibawa dalam sekuel ini ialah evolusi siri filem tersebut pada awalnya di mana ianya untuk memberi penghormatan kepada Paul Walker yang telah mati dalam eksiden kereta pada tahun lepas. Salah satu yang sudah dikenalpasti ialah satu acara Race Wars yang popular pada francais pertama filem tersebut akan ada dalam filem ke 7 ini.

Karakter Brian O’Conner masih ada dalam Furious 7, di mana lakonannya dibantu oleh adik-adiknya Cody dan Caleb dengan bantuan CGI untuk memenuhi babak-babak yang mendiang tidak dapat penuhi. Pelakon-pelakon lain dari filem pertama yang sudah pasti ada ialah Vin Diesel, Michelle Rodriguez dan Jordana Brewster. Tidak dilupakan juga pelakon-pelakon dalam sekual ke-6 juga akan turut serta: Dwayne Johnson, Tyrese Gibson dan Ludacris.

Gabungan kereta yang digunakan pada kali ini ialah American Muscle seperti Dodge Challenger dan Chevrolet Camaro; JDM Tuner seperti Subaru Impreza WRX; dan kereta-kereta eksotik seperti Audi R8 dan juga Lykan Hypersport dari W Motors yang berharga USD3.4 Juta. [ Sumber ArenaKereta.Com ]
 -o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-

 Lima bulan lagi.  Promosi dah mula berjalan.  Tapi sekarang lima bulan rasa sekejap saja kan.  Jom terjah panggung nanti.  Setkan jam anda 3 April 2015 nanti ya.

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.:

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik