Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Sabtu, 12 Oktober 2013

Si Cantik Wawa Zainal Sudah Kahwin | Video

Wawa Zainal, pelakon Malaysia cantik berlesung pipit sudah berkahwin.  Peminat-peminat cinta hati Wawa Zainal pasti ramai yang kuciwa bila dapat tahu berita mengejutkan ni. 


Patutlah ramai buat carian Wawa Zainal di Blog Sharifdez.  Rupanya pasal pernikahan Wawa Zainal dengan Aeril Zafrel.  Pasangan sama cantik, sama padan.  Sharifdez jadi wartawan tak bertauliah hari ni, godek-godek di internet terjumpa entri di bawah ni.

Kalau anda belum tahu kontroversi pernikahan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, boleh baca dan tonton video pengakuan pernikahan mereka di bawah.
 
-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-
Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Mengaku Sudah Bernikah 2 Kali

Akhirnya segala persoalan mengenai status perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah pun terjawab di dalam sidang media petang tadi. Menurut Aeril, mereka telah bernikah 2 kali iaitu pada 4 Februari 2012 dan 25 Februari 2013. Pernikahan pertama dibuat tanpa didaftarkan di pejabat agama.

Namun atas permintaan keluarga, mereka berdua telah bernikah buat kali kedua pada 25 Februari 2013 sebagai menghormati ahli keluarga. Kata Aeril menerusi Mstar Online:-

Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab.

Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 hasil perkahwinan ini. Dengan pengakuan ini, terjawablah segala persoalan yang bermain di minda para peminat. Pasti ada sebab tertentu Aeril dan Wawa merahsiakan perkahwinan mereka ini.

Mungkin Aeril mahu periksa semula status pernikahan mereka kerana sebelum ini Aeril pernah mengumumkan yang mereka tidak pernah berkahwin. Takut-takut jatuh talak tanpa disedari. Cubalah periksa dengan orang yang lebih arif mengenai hal ini. Apa pun, jutaan tahniah diucapkan kepada Aeril dan Wawa atas perkahwinan anda. Semoga kekal bahagia sehingga ke hujung hayat.
( Sumber dari blog azizulhakim91.blogspot.com )

Sidang Akhbar Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal
-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-
 
Carian Wawa Zainal Mendominasi Minggu Ni.
 


Klik LIKE / SHARE kalau suka Wawa Zainal.

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.:

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik