Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Rabu, 9 Julai 2014

Membeli Belah Dari Rumah | Tesco Delivery Lab | Delivery Man

Membeli barangan basah kini lebih mudah dengan Tesco Delivery Lab.

Sebelum Sharifdez buat entri ini, teringat kembali masa di bangku sekolah dulu.  Waktu tu Sharifdez diminta emak untuk tolong belikan barang dapur.  Jadi, pergilah Sharifdez ke kedai terdekat dengan rumah menaiki basikal.

Selepas memilih barangan dan ke kaunter untuk membuat bayaran, tauke kedai tu sedang berbual di telefon.  Terdengar perbualan tauke dengan seorang pelanggan sedang membuat pesanan barang.  Selepas perbualan tamat, serta merta tauke tersebut mencari pekerjanya dan menyerahkan secebis kertas.



Pekerja tersebut terus ke beberapa bahagian kedai.  Selepas mengambil beberapa barang, dia kemudian beredar menaiki sebuah motor bersama beberapa bungkusan di tangan.

Bila difikirkan semula, waktu tersebut beberapa pelanggan sahaja yang akan dilayan serta-merta seperti itu.  Sharifdez terpaksa menunggu lama ketika di kaunter.  Mungkin pelanggan ini golongan berada.  Maklumlah dulu telefon berapa orang sangat yang ada di kampung ni.

Kini semua orang boleh mendapat perkhidmatan penghantaran segera ke rumah tanpa perlu lagi keluar dari rumah.  Membeli-belah di hadapan komputer atau melalui smartphone sahaja dengan Tesco Delivery Lab.

Jom tonton video di bawah ni.  Lawak pula Sharifdez tengok.  Mungkin Tesco nak tunjukkan perkhidmatan terbaik yang  mereka mampu sediakan.


Terima kasih Nuffnang dan Tesco Delivery Lab
memilih Blog Sharifdez.


Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.:

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik