Mahu belajar buat biskut raya tradisional?
Salam sejahtera. Terima kasih berkunjung ke blog ini. Anda mesti ke sini sebab nak belajar buat kuih raya, kan . Maklumlah, tak sampai lagi sebulan, kita akan mula berpuasa dan kemudian menyambut hari raya pula.
“Sebut sahaja tentang biskut tradisional, pasti terbayang akan biskut samprit, bahulu, bangkit kelapa, dahlia dan sebagainya. Kini biskut tradisional mendapat sambutan hangat dari ramai orang. Buktinya , harga biskut tradisional adalah jauh lebih tinggi dari biskut-biskut moden.
Mungkin kerana membuat kuih tradisional memerlukan kepakaran tinggi. Walaupun bahan-bahan yang diperlukan agak sedikit dan kosnya memang murah tetapi untuk menghasilkan biskut tradisional yang sedap dan bermutu tinggi adalah sukar. Meskipun lambakan buku resepi menyediakan resipi-resipi biskut tradisional, ternyata membuatnya bukanlah semudah disangka.
Setiap kali menjelang hari raya, selain hidangan tradisi seperti lemang, ketupat dan lain-lain, aneka biskut tradisional dan moden tradisional merupakan juadah popular menjadi pilihan. Sama ada tradisional mahupun moden, setiap satunya tetap memiliki keistimewaan”.
Ayat 3 perenggan kat atas tu nampak skima jer, kan . Ayat tu copy paste jer dari satu laman web ‘belajar buat kuih tradisional’, hehehee.
Jika anda benar-benar berminat mempelajari cara buat biskut raya tradisional, Puan Joiriah Nordin berbesar hati berkongsi pengalaman hampir 20 tahun perniagaan bakeri dan kelas masakannya di Seri Ain Cake Corner milik sendiri di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur untuk belajar teknik-teknik betul menghasilkan biskut yang lazat.
Panduan ini adalah dalam bentuk ebook (PDF). Anda boleh download segera panduan ini selepas membuat bayaran RM20 dan mendapat pengesahan pembayaran. Maklumat lanjut boleh ke laman web Keunikan Biskut Raya (klik sini).
Pautan berkaitan : Tempahan Kuih Raya | Tempahan Baju Raya
BS: Sekejab ja dah nak puasa, lepas tu raya. Cepatnya rasa masa sekarang berputar.
nk posa dah yeayyyy
BalasPadam