"Puss in Boots" adalah animasi terbaru terbitan DreamWorks Animation merupakan serpihan dari filem "Shrek". Filem ini mula ditayangkan pada 28 Oktober di Amerika.
Kucing bukan sebarang kucing. Kucing ini telah mengalahkan dua nama besar dalam industri hiburan Hollywood iaitu Johnny Depp dan Justin Timberlake. Bukan dalam pergaduhan, tetapi dalam penjualan tiket filem.
Syarikat telah mengumpul USD 32 Juta mengalahkan "In Time" lakonan Justin (USD 13 Juta) dan "The Rum Diaries" lakonan Johnny yang hanya berjaya mengumpul USD 5 Juta sahaja.




