Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Rabu, 23 Mei 2012

Lelaki Kacak | Nazmi Faiz Mansor | Beira Mar.

Tahniah Nazmi Faiz, lelaki kacak yang jadi sebutan di bibir peminat-peminat perempuan di luar sana.  Lelaki kacak ini sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Nazmi Faiz (pemain skuad Harimau Muda), telah mengikat kontrak selama tiga tahun dengan sebuah kelab bola sepak Portugis, Beira-Mar selama 3 tahun.  SC Beira-Mar adalah kelab liga utama di Portugal, sebaris dengan kelab Sporting Lisbon dan FC Porto.



Bermain di Eropah telah lama menjadi impian saya. Trial bersama Beira Mar adalah peluang terbaik saya dan saya telah pun berjaya laksanakannya.  Saya sangat gembira serta teruja dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan baru ini, kata Nazmi Faiz

Menurut Nazmi, ini merupakan peluang terbaik dan beliau tidak akan mempersia-siakan peluang tersebut.

Nazmi telah dimasukkan pada saat-saat akhir di dalam skuad kebangsaan bawah-23 sewaktu Sukan SEA di Jakarta pada November tahun lalu. Beliau diletakkan antara tunggak utama dalam misi mempertahankan pingat emas dalam kejohanan tersebut. 

Difahamkan bahawa kelab Portugis tersebut telah menonton video aksi tangkas Nazmi sewaktu mewakili Malaysia dalam pusingan kelayakan akhir Olimpik Zon Asia awal tahun. [Sumber]




Suka Nazmi Faiz? 'Like' Nazmi Faiz.

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.:

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik