IKLAN TEKS PERCUMA. Info lanjut, KLIK SINI.

Paparan Keseluruhan

Jumaat, 8 Mac 2013

Harga Minyak Naik Lagi | Cara Jimat Minyak

Hah, apa.  Harga minyak naik lagi.  Biar betul.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Semalam ( 7 Mac 2013 ), harga minyak telah naik.  “Minyak apa yang naik.  Minyak masak ka, minyak kereta”?  Minyak petrol yang naik ya saudara saudari sekalian.  Kalau cakap minyak kereta sahaja yang naik, minyak motor, lori dan bas macam mana pulak, kan.  Opsss, lori dengan bas guna minyak diesel la. Heheheee.
Sumber gambar dari Google Image.
Berkuatkuasa semalam harga minyak RON97 telah naik sebanyak 20sen. Jadi, harga minyak RON97 terkini ialah RM2.90.  Kenaikan harga minyak ini pastinya dirasai oleh mereka yang menggunakan minyak ini setiap hari.

[ Harga Sebelum : RM2.70 – Selepas : RM2.90 ]
[ Kenaikan Harga Minyak RON97 adalah 20Sen]

Dengan pengenalan dasar penentuan harga minyak RON97 yang diapungkan pada harga pasaran, harga minyak RON97 akan sentiasa berubah-ubah. Kali terakhir harga minyak RON97 disemak pada 10 Januari 2013 apabila dikurangkan sebanyak 5 sen daripada RM2.75 sen harga sebelumnya.

----------ox0xo--------------------
5 Cara Jimat Penggunaan Minyak

Cara 1. Pergi ke pejabat / tempat kerja dengan berjalan kaki.
Alasan popular : Dari rumah ke tempat kerja 50 kilometer, tak boleh. Nanti habis la tapak kasut aku yang mahal ‘Made in London’ ney. J

Cara 2. Pergi kerja dengan berkongsi kereta.
Alasan top : Aku kena balik awal, tak boleh buat overtime.  Kesian pula kat kawan-kawan yang nak cari duit lebih. J

Cara 3. Ke pejabat dengan menaiki pengankutan awam.
Alasa famous : Pehhh, tak boleh.  Pakai smart, hensome lagi bergaya mana boleh naik pengankutan awam.  Nanti habis berkedut baju ‘Made in Paris’ aku. J


Cara 4. Japan style. Pergi ja ke tempat kerja naik basikal. Huhuhuuu.
Alasan hampeh : Oho, basikal aku mahal.  nanti mat-mat PATI berkenan lah pulak. (Kuang3x)…

Cara 5. Kalau semua cara di atas tu tak mampu nak buat, beli jer alat jimat minyak kat bawah ni.  Biar keluar modal sikit, tapi boleh jimat 20 peratus tiap-tiap bulan.
Alasan : Kalau murah sikit, dah lama aku rembat satu. hehehee.

----------ox0xo--------------------
Harga Minyak Naik Lagi | Alat Jimat Minyak
V V V V V V V



Klik Like, Tweet atau Share untuk berkongsi info ini dengan rakan anda.

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 kata semangat:

Pilihan Blog Inspirasi

[ NEW ] Status Terbaru Blog Sharifdez [ NEW ]

Pilihan Pembaca Minggu Ini | Blog Sharifdez

Paling Banyak Dicari | Blog Sharifdez

Status dan Cerita yang Lepas | Blog Sharifdez