Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Selasa, 12 Mac 2013

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 | 9 Inisiatif

Pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam, berita gembira untuk 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia.

Assalamualaikum | Salam 1Malaysia

Semalam ( 11 Mac 2013 ) Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013.


Kesemua inisiatif yang diumumkan adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antara inisiatif yang diumumkan :-

1. Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam.

2. Pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun;

3. Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR;

4. Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun;

5. Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;


6.  Semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum - Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

7. Kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

8. Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat;

9. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013.

Entri penuh, klik pautan di bawah
V V V V V V V V V

BS : Gaji naik, harga barang pun sibuk nak naik sama.  Tidak ada maknanya.

P/S : Apa-apa pun tadahkan tangan ucapkan 'Alhamdulillah - Syukur ya ALLAH atas rezeki yang dikurniakan.

P/S/S : Sektor swasta pun dah merasa kenaikan gaji minimum RM900 awal tahun 2013 lalu.



'Like' jika suka gaji naik (o_o)Y

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.:

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez