Sahabat Terbaek Blog Sharifdez

Jumaat, 5 Julai 2013

Buat Duit Cara Mudah Di Internet

Adakah terdapat cara mudah untuk buat duit di internet.  Hakikatnya memang sukar untuk buat duit mudah di internet.  Namun begitu, ada ramai mereka di luar sana sudah berjaya menghasilkan duit hanya menggunakan teknologi internet.
 

Baiklah, hari ini Sharifdez kongsikan pada anda satu laman web untuk buat duit cara mudah di internet ini.  Tapi sebelum tu, anda perlulah mempunyai blog.  Tidak kira lah blog peribadi, blog perniagaan atau blog pelbagai info.  Facebook dan laman sosial yang lain pun boleh juga.

Laman web ini memang kerap Sharifdez jumpa sebelum ni.  Pada mulanya Sharifdez anggap ianya menyusahkan kerana perlu melihat iklan terlebih dahulu sebelum dibawa ke laman yang Sharifdez cari.  Rupanya setiap kali Sharifdez klik pautan-pautan tertentu di blog atau web tersebut, pemilik blog tersebut akan mendapat duit.

Begitu mudah kan cara orang masa kini buat duit.  Tengah tidur pun ada duit yang akan masuk.  Jadi Sharifdez cuba buat carian di internet.  Rupanya duit yang mereka dapat tidak lah banyak mana.  Hanya beberapa sen sahaja.

Namun bukti pendapatan terkini (3/7/2013) salah seorang pengguna laman ini buat Sharifdez tertarik hati untuk turut serta.  $179.06 USD kalau ditukar ke Ringgit Malaysia dekat RM600.  Banyak juga kan.  Bukti pendapatan terkini pengguna laman ini anda boleh lihat di forum milik laman web tersebut.  Lihat gambar di bawah atau klik di sini.
 

Mungkin anda dah tahu kan laman web apa yang ingin Sharifdez kongsikan di sini.  Ya, laman web tersebut ialah AdFly.  AdFly ialah laman web untuk memendekkan URL.  Sebagai contoh, jika anda ingin kongsikan URL entri blog anda di facebook, pasti URL tersebut panjang.  Jadi anda hanya perlu gunakan laman web AdFly untuk pendekkan URL tersebut.

Jika ada rakan anda yang berminat dengan status tersebut dan klik pada URL itu, maka anda telah berjaya buat duit.  Semakin ramai yang klik URL tersebut, semakin banyak juga duit yang anda akan dapat.
 

Semalam (4/7/2013) Sharifdez sudah daftar akaun AdFly.  Selepas pengesahan, AdFly telah menghantar cara-cara untuk menjana duit dengan AdFly ni. Lepas ni Sharifdez kena buat kajian bagaimana pengguna di atas tu buat duit $179.06 dengan AdFly ni.  Jika ada hasil dari AdFly nanti akan Sharifdez kongsikan di Blog Sharifdez. 

Jumpa lagi di entri yang lain. Wassalam.



Like / Share jika info ini berguna.

1 ulasan:

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.