Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Selasa, 7 Januari 2014

Sinopsis Filem Balistik | Jom Tengok Wayang

Jom tengok wayang cerita Balistik.

---------------------------
Saga : Dalam keadaan macam ne pun kau nak tangkap aku.
Nizam : Aku POLIS
---------------------------

Permulaan tahun 2014, dunia perfileman Malaysia akan dimulakan dengan penampilan Hero Filem Malaysia, Rosyam Nor.  Sekarang, produksi Balistik sibuk mempromosikan filem terbaru mereka yang akan menjengah ke panggung dalam beberapa hari lagi.


Peminat-peminat Rosyam Nor, Adi Putra dan Rita Rudaini pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan lakonan artis pujaan masing-masing.  Sudah agak lama Rosyam Nor tidak bergandingan dengan Rita Rudaini.  Pastinya filem Balistik ini akan menjadi pengubat rindu peminat.

Mampukan filem Balistik mencipta rekod kutipan tiket tertinggi?  Kita nantikannya pada 9 Januari 2014 nanti.  Jom baca sedikit sinopsis dan trailer filem Balistik.

----------------------------

Sinopsis - Balistik menceritakan kisah Saga, seorang pembunuh upahan dan ahli kongsi gelap. Dengan keadaan hidup beliau yang berisiko tinggi telah memaksa Saga meninggalkan isterinya Salina dan anak mereka.

Selepas enam tahun, semasa menjalankan misi, Saga kebetulan bertemu semula dengan Salina, tetapi dia kini isteri Inspektor Nizam, yang merupakan sahabat baik Saga ketika mereka berada di rumah anak yatim.

Tersepit diantara dua pilihan samada kawan baik ataupun tugasnya, Inspektor Nizam telah pun memutuskan untuk menangkap Saga, manakala Saga pula telah diperintahkan oleh ketua kongsi gelap untuk membunuh mana-mana pegawai penguatkuasa undang-undang yang menghalang kegiatan mereka...

 Trailer Filem Balistik Lakonan Rosyam Nor

Apakah kesudahan cerita Balistik ini, jom kita ramai-ramai penuhkan panggung pada 9 Januari 2014 ini.

Facebook Balistik : facebook.com/Balistik045

Pelakon Balistik : Datuk Rosyam Nor, Datuk Rahim Razali, Adi Putra, Rita Rudaini, Susan Lancaster, Jason Phang dan Tania Hudson serta pelakon kanak-kanak, Rykal Iskandar.


Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.:

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik