Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Selasa, 2 Oktober 2012

Ilmu Perniagaan Internet | WangCyber.com

Perniagaan Internet masakini semakin berkembang.  Telah ramai usahawan berjaya dilahirkan hanya melalui medium internet.  Tidak kurang juga munculnya jutawan-jutawan baru yang hanya mengaplikasikan sepenuhnya medium internet dalam perniagaan mereka.

Jika bercerita berkaitan perniagaan internet, mereka yang bergiat aktif dan pasif dalam bidang ini pasti mengenali jejaka kacak, Irfan Khairi.


Jutawan Irfan Khairi.  Krdt to Google Image.

Sejak Sharifdez aktif berinternet 4 tahun yang lalu, buku Irfan Khairi bertajuk ‘Rahsia Jutawan Internet Terbongkar’ merupakan koleksi pertama Sharifdez berkaitan perniagaan.  Sebelum tu, sibuk dengan majalah hiburan dan komik sahaja, huhuhu.

Buat Duit Internet vs Perniagaan Internet.

Buat duit internet :  Di awal permulaan Sharifdez berinternet, Sharifdez sering menemui laman web yang menjanjikan duit segera.  Banyak juga duit dihabiskan untuk memiliki produk dan ebook yang ditawarkan.  Namun satu pun tidak berjaya memberi pulangan.

Taksub nak buat duit di internet menyebabkan prestasi kerja Sharifdez merudum teruk dan akhirnya diberhentikan.  Sharifdez sangka dapat menggunakan internet untuk buat duit, tapi akhirnya Sharifdez dihimpit kesusahan.  Simpanan di bank juga semakin kurang, namun duit yang diharapkan dari internet tidak juga berhasil.

Akhirnya, dunia internet Sharifdez berakhir apabila tidak lagi mampu membayar bil (ketika itu Sharifdez gunakan internet melalui Telekom).  Sharifdez terpaksa kembali mencari kerja.

Perniagaan Internet :  Sejak menemui dan membaca buku Irfan Khairi, barulah Sharifdez faham serba sedikit mengenai perniagaan internet.  Dalam perniagaan internet, kita memerlukan produk untuk dijual, sama ada produk kita sendiri atau orang lain.

Ketika ini ramai menggunakan internet untuk berniaga.  Sebagai contoh, perniagaan tudung, jual kek, dan banyak lagi yang dilakukan secara atas talian (online).  Sharifdez masih tercari-cari produk atau perkhidmatan yang sesui untuk ‘terjun’ kembali ke dunia internet ini.

(WangCyber) Lubuk Ilmu :  Sebagai orang baru, di mana mahu cari ilmu berkaitan perniagaan internet?  Syukurlah Sharifdez menemui satu laman web ini.  Ramai pakar perniagaan internet yang tidak keberatan berkongsi rahsia kejayaan mereka. Jika anda juga berminat memulakan perniagaan internet, bolehlah menyertai komuniti WangCyber.com

Belajar Teknik SEO :  Eh, apa kaitan perniagaan internet dengan teknik SEO.  Hehehe, bersemangat sungguh anda membaca sehingga ke sini.  Sebenarnya, Sharifdez cuba menempatkan entri ini dengan kata kunci ‘Perniagaan Internet’.  Jika anda menemui entri ini melalui kata kunci tersebut, bermakna teknik SEO telah berjaya memainkan peranannya.  Entri ini terhasil apabila Sharifdez terbaca satu artikel di WangCyber (klik sini).

Kata kunci Perniagaan Internet.  Krdt to WangCyber.

Pentingnya SEO pada sesebuah perniagaan internet.  Jika anda menggunakan internet untuk berniaga, SEO merupakan salah satu ilmu yang anda perlu tahu.  Di mana nak dapat ilmu SEO.  WangCyber adalah tempatnya. J


p/s : Maaf jika info yang dikongsi agak kabur, Sharifdez juga masih menimba ilmu.

3 ulasan:

  1. Sharifdez, pengalaman buat duit di internet kita hampir sama. Yg penting kita kena cari ilmu untuk buat perniagaan internet. Wangcyber adalah universiti perniagaan internet. manakala teknik SEO pula saya selalu belajar dengan blog sharifdez ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bro Halim. Terima kasih. Ilmu yang dikongsikan tidak akan habis, malah makin bertambah, betul tak.

      Padam

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez