Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Sabtu, 27 Julai 2013

Video Nahas Kereta Api Laju Di Sepanyol

Kecelakaan kereta api di Sepanyol.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Semalam (25 Julai 2013) tengok berita di tv ada satu nahas kereta api tergelincir.  Memang kecelakaan tu sangat buruk.  Banyak nyawa yang terkorban.  Anda ada tengok tak berita tersebut.  Ada satu video CCTV yang terakam kecelakaan itu.
 
nahas kereta api di Sepanyol

---------------ox0xo---------------
Angka Nahas Kereta Api Di Sepanyol Meningkat 77 Orang

SANTIAGO DE COMPOSTELA: Angka kematian nahas kereta api tergelincir dari landasan dekat Santiago de Compostela pada lewat malam Rabu meningkat kepada 77 orang.  Kira-kira 143 orang lagi dilaporkan cedera.

Terdahulu, anggota penyelamat mengeluarkan 65 mayat dari bangkai kereta api itu.  Namun empat lagi mangsa yang berjaya dikeluarkan disahkan meninggal di hospital.

Empat daripada gerabak terbalik dan rosak teruk menyebabkan ia terbakar.  Puluhan mayat penumpang bergelimpangan dan terbaring di sepanjang landasan.

Nahas berlaku kira-kira pukul 8.42 malam waktu tempatan apabila kereta api yang membawa 218 penumpang dan empat kakitangan itu hampir tiba di Stesen Santiago de Compostela, di wilayah Galicia.

“Jumlah yang terkorban itu hanya satu anggaran tetapi setakat ini jumlah yang terkorban meningkat," kata seorang jurucakap wakil kerajaan wilayah Galicia.

Sumber MStarOnline
---------------ox0xo---------------

Video CCTV Nahas Kereta Api Laju Di Sepanyol


BS : Malang tidak berbau.

1 ulasan:

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik