Harga rokok naik lagi hari ini (30 September 2013). Kenaikan harga rokok sebelum ini adalah pada
3 Jun 2013. Pada perokok tegar, berita
ini pastinya sedikit sebanyak meresahkan.
Baru sahaja mengatur perbelanjaan bulanan akibat harga petrol naik
tempoh hari. Kini terpaksa merangka
semula perbelanjaan bulanan akibat harga rokok naik RM1.50
Kenaikan harga rokok perlulah diikuti dengan membenteras perdagangan
rokok haram. Kenaikan ini tidak memberi
makna jika kerajaan terpaksa pula menanggung kos Kementerian Kesihatan untuk kempem
anti rokok nanti. Semua tahu rokok membahayakan kesihatan. Rokok seludup lagi lah merbahaya kerana tidak tahu kandungan apa yang dimasukan ke dalam rokok tersebut. Fikir-fikirkan…
BS : Lepas ni boleh la sedut udara segar sikit. Kereta dah kurang di jalan raya (petrol
mahal). Perokok pun dah kurang merokok (
bajet bulanan sudah lari lor )…
O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O
Pihak Commercial Marketers and Distributors Sdn Bhd dalam
kenyataan akhbar telah mengumumkan beberapa jenama rokok yang akan naik harga
sebanyak RM1.50 mulai tarikh tersebut (30 September 2013). Melalui peningkatan
yang diumumkan, harga baru untuk sebungkus rokok pek 20 jenama utama adalah
antara RM10.50 hingga RM12.00.
Punca Kenaikan Harga
Rokok
Punca kenaikan harga rokok dikenal pasti kerana industri
tembakau kini berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang
membawa kepada peningkatan kos operasi. Selain itu, kuantiti industri tembakau
sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok secara haram. [ Senarai Harga Rokok Baru ]
O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O
Mahu Hentikan Ketagihan Merokok
O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O-O
done follow sini no.508
BalasPadamsudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang.blogspot.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/