Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Isnin, 2 September 2013

Harga Petrol RON95 Naik 20 Sen | 3 September 2013

Video Pengumuman Kenaikan Harga Petrol RON95.

Salam sejahtera.  Mungkin ramai yang telah tahu tentang kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 Sen ini, kan.  Kalau yang tak tahu, mari baca dan lihat sendiri pengumuman dari Perdana Menteri.



--------------------ox0xo--------------------
PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 Sen bermula tengah malam ini (3 September 2013).  Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini, Isnin.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.


Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.  Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet. – BERNAMA

Video Pengumuman Kenaikan Harga Petrol RON95

--------------------ox0xo--------------------

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.:

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik