Video Pengumuman Kenaikan Harga Petrol RON95.
Salam sejahtera. Mungkin
ramai yang telah tahu tentang kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 Sen ini, kan . Kalau yang tak tahu, mari baca dan lihat sendiri pengumuman dari Perdana Menteri.
--------------------ox0xo--------------------
PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada
Isnin mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 Sen
bermula tengah malam ini (3 September 2013).
Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,
kata beliau dalam sidang akhbar di sini, Isnin.
Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen
seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri
Kewangan.




