Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Khamis, 14 Februari 2013

Filem Kerat 14 | Aaron Aziz Dan Siti Saleha | Aksi Dan Kontroversi

Aaron Aziz dan Siti Saleha, pasangan romantik drama Nora Elena disatukan sekali lagi.  Kali ini mereka ke layar perak menjayakan filem penuh aksi lagi kontroversi, Kerat 14.

Peminat Aaron Aziz dan Siti Saleha terutamanya pasti tidak mahu lepaskan peluang menyaksikan artis kesayangan mereka.


---------------ox0xo---------------
Sinopsis Filem Kerat 14

Ia bermula dengan kisah sepasang kekasih, Haziq dan Nurzara yang mahu meraikan hari jadi Nurzara. Bagaimanapun, ketika ditinggalkan keseorangan dalam disko, Nurzara didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, Aril. Tanpa dijangka, Aril mencalit minyak pengasih untuk memikat Nurzara. Dia seperti dirasuk apabila mengikut saja Aril yang mengajaknya menari.

Haziq tidak dapat menahan kemarahan apabila ternampak kekasihnya menari dan bermesra dengan lelaki lain. Haziq dan Aril bergelut tetapi dileraikan pengawal kelab disko. Ia tidak berakhir di situ apabila Aril mengekori Haziq dan Nurzara untuk mengetahui tempat tinggal Nurzara.

Apabila melihat kelibat Haziq hanya menghantar Nurzara di bawah pangsapuri, Aril terus mengekori Nurzara. Nurzara yang masih teringat-ingatkan Aril terkejut apabila melihat kelibatnya di hadapan rumah.

Mereka memadu asmara, sambil Aril mencuri barang kemas dan dompet Nurzara. Haziq yang tidak sedap hati ke rumah Nurzara dan melihat Aril sedang bercumbuan dengan kekasihnya. (sumber - ceriterahmad.blogspot.com)

Saksikan kesudahannya di pawagam berhampiran anda hari ini (14 Februari 2013).

Kerat 14 Official Trailer

Lagu Tema Kerat 14
---------------ox0xo---------------

Kontroversi Filem Kerat 14 | Aksi Bercium Aaron dan Saleha

Dalam setiap filem, pasti wujud kontroversi.  Filem Kerat 14 juga tidak terlepas dengan kontroversi.  Antara yang hangat diperkatakan adalah adegan bercium di antara Aaron dan Saleha.  Memang bikin panas.


Filem Kerat 14 turut dibintangi Zamarul Hisham, Fauziah Gous, Ali Arami dan ramai lagi.

Pautan : Facebook Fan Page Kerat 14 (Jom Like)


BS : Jadi wartawan hiburan tak bertauliah lagi hari ni. Hehehe.

1 ulasan:

  1. Tengok trailer dia macam best. Macam nak kena tengokla cite ni.

    BalasPadam

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez