Salam Sejahtera. Ada tak pembaca blog Sharifdez ni yang minat dengan sukan permotoran NASCAR. Mungkin anda tahu berita terbaru yang dipaparkan di KosmoOnline hari ini.
---------------ox0xo---------------
PANTAI DAYTONA, Florida - Satu kemalangan dahsyat menyebabkan kereta pelumba Kyle Larson melambung ke udara dengan serpihan mengenai tempat duduk penonton dan mencederakan berpuluh-puluh orang pada perlumbaan pembukaan kereta NASCAR di Litar Antarabangsa Kelajuan Daytona di sini kelmarin.
Presiden Litar Antarabangsa Daytona, Amerika Syarikat (AS), Joie Chitwood berkata, seramai 28 penonton cedera dalam insiden tersebut dengan 14 mangsa dibawa ke beberapa buah hospital tempatan.
Kemalangan berlaku apabila kereta Regan Smith dirempuh ketika beliau cuba menghalang pelumba-pelumba lain untuk memotongnya.
Perlanggaran tersebut menyebabkan kereta Larson melambung ke pagar yang memisahkan litar dengan tempat duduk penonton.
"Saya dilanggar dari belakang dan tidak sempat untuk berbuat apa-apa," kata Larson selepas keluar dari kereta lumbanya yang remuk. [Kosmo]
Share video ini di wall facebook anda. Klik Sini.
---------------ox0xo---------------
Sharifdez dapat tahu pun dari blog arituarini.blogspot.com
Catat Ulasan
Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.
0 kata semangat: