IKLAN TEKS PERCUMA. Info lanjut, KLIK SINI.

Paparan Keseluruhan

Sabtu, 7 Julai 2012

Eyriqazz VS Denaihati

14 kata semangat
Eyriqazz VS Denaihati.  Siapa bakal bergelar juara?  Pemenang akan menerima trofi bernilai RM500 ribu beserta loket emas.  20 000 penonton dijangka akan menyaksikan perlawanan antara eyriqazz dan denaihati.

Eyriqazz VS Denaihati, pertarungan paling sengit tahun ini (2012).  1 September 2012 akan melakar satu lagi sejarah….(nak taip apa lagi ek).


Hehehe.. Entah apa lah yang Sharifdez tengah temberang ni.  Sebenarnya Sharifdez ada terbaca satu entri di blog bro KizMyseLF tadi, (Cabaran SEO, Sekadar Mencuba Kemampuan Di Enjin Carian).  Bab-bab SEO ni memang Sharifdez suka sesangat.

Lepas dah baca, baru tahu ada blogger buat cabaran SEO.  Kalau nak buat entri bebas, macam ni lah jadinya.  Entri merapu.  Hehehe.  Agak-agak, entri merapu macam ni boleh melekat tak di laman pertama Google dengan kata kunci “Eyriqazz VS Denaihati”.


Ahad, 1 Julai 2012

Statistik Blog Bulan April, Mei Dan Jun 2012.

2 kata semangat
Salam sejahtera.

Statistik blog.  Mungkin itulah rutin harian atau bulanan seorang bergelar blogger.  Turun naiknya statistik blog kadang kala boleh membuatkan seseorang blogger itu termenung jauh dan kekadang tersenyum sendirian.

Bagi Sharifdez, peningkatan trafik a.k.a pengunjung ke blog membuatkan hati Sharifdez berbunga-bunga.  Ini menunjukkan entri yang dihasilkan di blog ini mendapat perhatian.  Namun begitu, pengunjung yang datang mungkin berlalu pergi tanpa mendapat apa-apa ilmu atau pengetahuan di sini.

Maklumlah, untuk menghasilkan entri yang berkualiti memerlukan masa dan ilham.  Sebab itu lah untuk 3 bulan ini (April, Mei dan Jun), hanya beberapa entri sahaja dihasilkan.  Itu pun entri dari blog lain yang diubah suai sedikit mengikut kesesuaian.

Aktiviti blogwalking dan terjah menerjah ke blog rakan-rakan dah agak lama tidak dilakukan.  Rakan-rakan baru yang follow blog Sharifdez pun belum sempat nak selongkar blog mereka.

Pilihan Blog Inspirasi

[ NEW ] Status Terbaru Blog Sharifdez [ NEW ]

Pilihan Pembaca Minggu Ini | Blog Sharifdez

Paling Banyak Dicari | Blog Sharifdez