Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sumber gambar dari Google Image. |
Wajah berseri bertudung biru,
Inai merah lekat dijari;
Selamat pengantin baru,
Moga hubungan kekal abadi.
Bila sekolah mula bercuti, majlis kenduri kahwin pun berlambak-lambak. Mak andam dan pak andam tak menang tangan.
Pengusaha katering pun sama-sama nak menang. Photografer pula sibuk mengilap kameranya.
Pengusaha katering pun sama-sama nak menang. Photografer pula sibuk mengilap kameranya.
Apa-apa pun, bagi mereka yang telah, sedang dan akan mendirikan rumahtangga, selamat pengantin baru Sharifdez ucapkan. Moga Allah memberkati hubungan kalian.
Lagu Inai Di Jari ini khas buat anda semua.
Inai disapu dijari tandanya mesra
Memberitahu hai dikau sudah dipunya
Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna
Di jari manisnya tersarung cincin permata
Alangkah indah temasya di malam itu
Dua insan karam di lautan madu
Menanam dendam berahi satu persatu
Berkucup angan di bibir merayu-rayu
Apa kiranya semua dendamnya itu
Dalam gembira hai penuh duka sengsara
Seorang insan turut memendam rasa
Patah hatinya terkeorban dalam bercinta
Andainya itu sayang berupa erti
Setahun janji ditempah hilang sehari
Membuat aku sedar diri sendiri
Inai merah mu tanda sudah bersuami
Artist: S. Jibeng (Sumber)
P/S : Kau bukan milikku, tapi aku bersyukur kau pernah hadir membahagiakan hidupku walaupun sekejab cuma. Moga dikau bahagia bersama insan tersayang. Amin.
Catat Ulasan
Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.
0 kata semangat: