Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Ahad, 18 Mac 2012

Semak Keputusan SPM 2011 Melalui SMS dan Online.

Salam 1 Malaysia.

Jom semak keputusan SPM.  Sebagai pelajar yang menunggu keputusan SPM 2011, perasaan berdebar-debar pasti tidak dapat dibendung.  Tidur malam pun dah tak lena. Ibu bapa juga resah mengharapkan keputusan cemerlang anak masing-masing.


Selain cara pergi ke sekolah untuk dapatkan keputusan SPM, ini adalah cara lain untuk dapatkan keputusan. Malas nak ke sekolah atau gemuruh, takut nak ambil keputusan buat cara begini..

Cara semak keputusan SPM melalu SMS. Berikut adalah langkah untuk buat semakan keputusan SPM 2011.


SPM [No KP] [No Angka Giliran] dan SMS ke 15888

Semak secara online boleh layar ke laman web berikut. http://www.moe.gov.my/

Apa-apa pun cara mendapatkan keputusan SPM anda, adalah lebih baik menerima keputusan dari tangan cikgu anda sendiri.  Jika keputusan anda cemerlang, cikgu lah insan pertama yang perlu anda ucapkan terima kasih.  Terima kasih Cikgu.

Lepas tu bolehla raikan bersama rakan-rakan anda.  Selamat berjaya kepada anda.

--------------------
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 21 Mac depan. Sementara pengumuman analisis keputusan pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di sini, pukul 9 pagi pada hari yang sama.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi. Bagi calon persendirian pula keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.

Semak keputusan SPM melalui khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SMS jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan mulai jam 10 pagi 21 Mac hingga 12 tengah malam 27 Mac.

Seramai 468,808 calon yang mendaftar telah menduduki peperiksaan tersebut di 3,533 pusat peperiksaan seluruh negara tahun ini.
--------------------

Beritahu rakan anda dengan klik 'like'.

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.:

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik