Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Khamis, 20 Oktober 2011

Konsert Fenomena Search 2011 | Stadium Batu Kawan Bakal Bergegar.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Kumpulan rock lagenda, Search bakal mengadakan ‘Konsert Fenomena 30 Tahun Search 2011'.  3 lokasi telah dimilih untuk digegarkan melalui konsert mereka iaitu Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang (19 November 2011), kemudian diikuti Stadium Yunos Larkin, Johor Bahru (3 Disember 2011) dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember 2011).


Orang-orang utara apa lagi.  Inilah masanya untuk anda menyaksikan konsert dari kumpulan lagenda rock ni.  Tak sangka Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi pertama.  Mesti ramai peminat Search tak sabar-sabar menantikan Konsert Fenomena 30 Tahun Search ni.  Ini merupakan konsert terkini kumpulan Search selepas tahun lepas mereka bergabung dalam konsert double trouble (DT) bersama Kumpulan Wings.

Kepada mereka yang berada di utara tanah air, boleh segera dapatkan tiket konsert di cawangan Petronas, Rock Corners dan semua wakil jualan sah, atau buat sahaja pembelian tiket melalui online. Tak payah nak berebut dan berbaris panjang.


Tiket untuk menyaksikan konsert di Larkin dan Pulau Pinang hanya dijual pada harga RM59, manakala tiket di Kuala Lumpur pula bernilai RM69.  Untuk info terkini boleh didapati di facebook.com/SEARCH30

(sumber asal : KizMySelf)

Suka konsert, ‘like’ konsert.

2 ulasan:

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez