Anak Ayam Serama untuk dijual, RM1k seekor.
Salam sejahtera pembaca Blog Sharifdez. Ada tak yang minat nak pelihara Ayam Serama. Boleh buat duit. Seekor jual RM1k. Kalau dapat jual 10 ekor, tak ke RM10k. Tak payah kerja teruk-teruk. Jual ayam pun boleh jadi kaya, huhuhuu.
Tapi realitinya tidak lah semudah itu. Pembiak baka Ayam Serama berdepan dengan banyak halangan. Faktor utama tentu sekali adalah masa. Kenapa? Kerana untuk dapatkan baka Serama terbaik, banyak proses dilalui. Dari memilih induk untuk ‘dikahwinkan’, proses mengeram telur Serama, dan jangkitan penyakit.
Jika pemilihan induk tidak dibuat dengan teliti, hasil baka juga tidak baik. Jadi harganya juga mungkin tidak tinggi. Tapi jika baka yang terhasil dan berkualiti, ramai yang akan berebut untuk memiliki Ayam Serama tersebut.
Itulah kuasa keanggunan Ayam Serama Malaysia . Peminat Serama sanggup berhabis ratusan malah ribuan ringgit hanya untuk memiliki Ayam Serama idaman mereka. Jadi jangan terkejut jika seekor anak Serama boleh dijual mencecah harga RM1k.
Sejak bila Sharifdez minat pasal Serama ni? Tetiba bercerita pasal Serama.
Minat dengan Serama sudah lama, sejak dari sekolah menengah lagi. Ingat tak dulu, satu Malaysia demam dengan Serama. Sharifdez pun terjangkit dengan Serama yang cantik ni. Tapi apakan daya, nak Serama cantik, modal pun kena cantik. Masa sekolah mana mampu. Jadi, nak dapat Serama cantik, Sharifdez tukar induk dengan kawan-kawan untuk dapatkan anak-anak Serama yang cantik. Tapi itu semua dah jadi memori indah zaman sekolah dulu. Rindunya.
Ok lah, dah penat anda baca bebelan Sharifdez ni, tak jumpa pun Ayam Serama untuk dijual yang anda cari. Kalau anda peminat Serama, ada seorang rakan blogger ni yang jadi pembiak baka Serama. Memang geram juga tengok gambar-gambar anak Serama di blog beliau. Ada anak Serama cecah harga RM1k seekor. Perhhh, lumayan.
Boleh ke blog saudara Aiman iaitu Blog Serama Utara untuk lihat baka-baka baru yang dijual.
Sharifdez kongsikan satu video di bawah.
Ayam Serama Termahal berharga RM13 Ribu. Errr, biar betul.
Gambar diambil dari blog Serama Utara.
Ayam lawan2 ke ni? Boleh makan tak ayam serama...hahaha
BalasPadammembuat lauk ke???
BalasPadam