Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Jumaat, 17 Mei 2013

David Beckham Bersara | Dunia Bola Sepak

Bintang bola sepak David Beckham mengumumkan persaraan dari arena bola sepak.  Mesti ramai peminat David Beckham sudah tahu berita ini, kan  Selepas ini, peminat-peminat ‘susah mati’ David Beckham tak dapat la melihat beliau beraksi di atas padang lagi. Sedih kan.

--------------------ox0xo--------------------
"Saya berterima kasih kepada PSG kerana memberi peluang untuk terus menyambung tetapi sekarang adalah masa sesuai untuk menamatkan kerjaya saya, bermain di peringkat tertinggi,".

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan pasukan, pengurus terbaik yang saya berpeluang untuk belajar daripada beliau. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokong dan memberikan saya kekuatan untuk berjaya." – David Beckham.
 

Beckham merupakan anak kelahiran London, memulakan kariernya di Manchester United, kelab yang disokongnya sejak kecil, membuat penampilan pertama dalam pasukan itu ketika berusia 17 pada tahun 1992.  Bintang bola sepak David Beckham mengumumkan persaraan pada Khamis (16 Mei 2013) selepas kariernya dilimpahi dengan trofi dan glamor sehingga mempunyai kesan di seluruh dunia dan di luar jangkauan bola sepak.

Bekas kapten England berusia 38 tahun itu, yang pada bulan ini membantu Paris St Germain (PSG) mencapai gelaran liga Perancis dan menambah gelaran kemenangan di England, Sepanyol dan Amerika Syarikat, akan meletakkan kasut butnya pada akhir musim ini. - Sumber mStar Online.
--------------------ox0xo--------------------

Lepas ni, David Beckham boleh la jadi jurulatih atau pengurus untuk pasukan sendiri pula.

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.:

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez