IKLAN TEKS PERCUMA. Info lanjut, KLIK SINI.

Paparan Keseluruhan

Sabtu, 4 Mei 2013

Perkahwinan Jehan Miskin | Gadis Korea


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat pengantin baru diucapkan kepada saudara Jehan Miskin dan isteri tersayang,  Julie Camelia Rhee. Pasangan sama cantik sama padan, bak merpati dua sejoli, bagai pinang dibelah dua.
 

Mengapa Sharifdez tertarik hati untuk menaip entri berkenaan perkahwinan Jehan Miskin.  Ini kerana hari ini bukan sahaja hari kebahagiaan buat Jehan Miskin dan isteri.  Hari ini juga merupakan hari lahir Sharifdez.

Huhuhu, sebelum ni pun ada pasangan selebriti yang berkahwin pada hari lahir Sharifdez. Pasangan selebriti tu ialah Schawal

Sharifdez tabik pada Jehan Miskin.  Perancangan rapi dilakukan untuk memberi kejutan pada para peminat Jehan Miskin.  Sedar-sedar sahaja dah rancang nak kahwin.  Kesian pula pada gadis-gadis yang tangkap cintan pada Jehan ni.  Melepas sudah nak pikat hati Jehan.  Hati Jehan Miskin dah dicuri gadis Korea.  Huhuhu.
 

Hari ini (4 Mei 2013), Jehan Miskin sah bergelar suami kepada gadis pilihan Julie Camelia Rhee sekitar jam 2.40 petang dengan dua kali lafaz.

Pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran berbalas tiga dulang juga daripada pihak perempuan, antaranya komputer riba jenama Apple, set beg Braun Buffel dan set mandian.  Mas kahwin untuk pengantin perempuan berjumlah RM12,000.

Jom lihat video slide yang Sharifdez buat ni khas untuk Perkahwinan Jehan Miskin Dengan Gadis Korea.  Maaf tak ada musik latar.


Tak puas tengok video, boleh tengok gambar perkahwinan Jehan Miskin di Blog Rotikaya.



Sila LIKE dan SHARE.

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 kata semangat:

Pilihan Blog Inspirasi

[ NEW ] Status Terbaru Blog Sharifdez [ NEW ]

Pilihan Pembaca Minggu Ini | Blog Sharifdez

Paling Banyak Dicari | Blog Sharifdez

Status dan Cerita yang Lepas | Blog Sharifdez