Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Isnin, 13 Mei 2013

Bertemu Pemain Manchester United | Mencari Ramli 2

Mencari Ramli Musim Ke 2, peluang anak muda bertemu pemain Manchester United.

“La, anak Mat Saleh ni pandai cakap Melayu rupanya.”

Ini antara dialog iklan tv yang menarik perhatian Sharifdez.  Dah banyak kali Sharifdez lihat iklan ni di tv tapi tak ambil peduli pun.  Hari ni baru Sharifdez perasan ada beberapa iklan ‘Mencari Ramli 2’ pada banner Nuffnang muncul di Blog Sharifdez.
 


Macam biasa bila tak ada idea, Nuffnang antara tempat Sharifdez mencari idea untuk penulisan entri.  Maka terhasillah entri ini, hehehe.  Tapi sebelum buat entri, kena lah buat kajian dulu.  Nanti salah info, buat malu saja, kan.

Sebelum tu pada anda yang belum lihat iklan tv yang Sharifdez maksudkan, boleh tengok video di bawah ni.

Iklan Mencari Ramli 2 [Versi Penuh]

Mencari Ramli musim 2 merupakan kesinambungan kepada program musim pertama.  Pencarian Ramli 2 melibatkan peserta dari seluruh pelosok negara, dari utara ke selatan, dari timur sehingga lah ke barat.  Tak tertumpu kepada pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil sahaja seperti musim pertama.

Pencarian Ramli musim 2 melibatkan 12 lokasi untuk mencari 30 bakal Ramli. Di peringkat akhir, hanya 2 peserta yang betul-betul berbakat bakal dinobatkan sebagai Ramli oleh pihak juri dan seorang Ramli lagi melalui undian pononton.

Hadiah Pemenang Mencari Ramli 2
- Sesi latihan selama 2 minggu di Manchester United Soccer School
- Peluang melawat Old Trafford dan menyaksikan
Manchester United beraksi secara langsung
- 3 tahun biasiswa untuk mengikuti Frenz United Football Academy

Iklan Promosi Mencari Ramli 2 di TV3

Rancangan Mencari Ramli 2 bermula pada 19 April 2013 ini.
Hari Siaran : Setiap Jumaat
Waktu Siaran : 7.30 petang hingga 8.00 malam
Saluran : TV3, Media Prima

Sudah hampir 4 minggu rupanya program Mencari Ramli 2 telah disiarkan di TV3, baru hari ni Sharifdez nak buat entri ni.  Lagipun, siaran Mencari Ramli 2 ni jam 7.30 petang.  Sharifdez pun belum balik kerja lagi. Tak sempat la nak tengok bakal-bakal Ramli beraksi di atas padang. Huhuhuu.

Tapi tak mengapa, Youtube kan ada. Boleh tonton semula di sana.  Mujur pihak MyTeamMalaysia ada muat naik Program Mencari Ramli 2 ni di Youtube. Boleh Klik Pautan Ini

Apa-apa pun, harapan Sharifdez semoga mereka yang berjaya menonjolkan diri dan menjadi Ramli dapat menggunakan peluang ini sebaiknya.  Gunakan ilmu dan skil yang diperolehi untuk memartabatkan kembali bola sepak di mata dunia.  Pelbagai pihak telah tampil untuk mewarnai kembali bola sepak Malaysia yang suram.  Tiba masa penyokong-penyokong bola sepak Malaysia untuk gegarkan kembali stadium dengan sorakan GOOOLLLLLLL.



BS : Perkasakan Sukan Untuk Negara Tercinta.

Catat Ulasan

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

0 teman memberi kata semangat.:

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez