Sahabat Terbaek Blog Sharifdez

Selasa, 14 Mei 2013

Komisen ke 2 Job Di Rumah | Dapat Duit Lagi

‘Tahniah, anda dapat komisen dari Job Di Rumah.’  Tentu seronok kan jika setiap hari anda mendapat email seperti ini.  Inilah antara email yang membuatkan Sharifdez tersenyum seorang diri.


Mana tidaknya, setelah berblogging lebih dari 2 tahun Blog Sharifdez mula menampakkan hasil.  Jadi tidak sia-sia lah blog ini diwujudkan.  Walaupun hasilnya sedikit jika dibandingkan blogger yang lain, tapi Sharifdez bersyukur Allah bukakan pintu rezeki dengan pelbagai cara.  Alhamdulillah, syukur atas nikmat rezeki kurniaanMu ya-Allah.


Minggu lalu (5 Mei 2013), Sharifdez telah mendapat komisen pertama dari website JobDiRumah.  Hari ini (13 Mei 2013), Sharifdez terima pula komisen ke 2.
 


Salah satu penyebab Sharifdez cepat mendapat komisen adalah kerana entri ‘Kerja Dari Rumah Tanpa Modal’ yang Sharifdez hasilkan berada di laman pertama carian Google.  Inilah kepentingan teknik SEO pada sesebuah blog.  Jika kata kunci yang kita sasarkan berjaya berada di kedudukan terbaik, pasti ada hasil yang akan kita tuai.


Sasaran nak dapat komisen setiap hari mungkin sukar tapi tidak mustahil.  Jika kena dengan caranya, dapat la Sharifdez kumpul duit kawin cepat-cepat. Hehehee.

Komisen terkumpul JobDiRumah : RM40



4 ulasan:

  1. Tahniah bro...pasti dpt labih lagi selepas ini.

    BalasPadam
  2. InsyaAllah. Terima kasih bro Kamil.

    BalasPadam
  3. Tahniah bro Sharifdez..Semoga dimurahkan lagi rezeki

    BalasPadam
  4. tahniah. Sya pun dah mula dapat komisen. memang seronok

    BalasPadam

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.