Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Isnin, 3 Oktober 2011

Cinta Muka Buku | Najwa Latif | Kontroversi.


Assalamualaikum dan Salam 1 World.

Dah dengar lagu ‘Cinta Muka Buku’ nyanyian Najwa Latif?  Mesti dah dengar kan sebab sekarang ni kerap juga dimainkan di corong-corong radio. 

Bermula dengan suka-suka dengan meng’upload’ video nyanyiannya berjudul ‘Baby’ (penyanyi asal : Justin Bieber) ke laman Youtube, nama Najwa Latif mula meniti bibir peminat seni suara tanahair. Lagu Cinta Muka Buku ciptaannya yang dimuatnaik ke Youtube selepas itu melonjakkan lagi namanya sehingga mendapat hit yang tinggi di Youtube.



Tujuan asal beliau pada mulanya supaya beliau dapat memperbaiki cara nyanyian dan petikan gitar dalam lagu yang dimuatkan dalam Youtube itu, namun segala-galanya berubah sehingga beliau berpeluang menjadi artis rakaman bersama NAR Records.

Berbekalkan bakat bermain gitar dan mempunyai suara lemak merdu, pelajar berusia 16 tahun ini, kini semakin popular. Nama Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif bukan sahaja menjadi sebutan di seluruh dunia, tetapi juga semakin mekar dalam persada seni suara tanah air. Biarpun tanpa sebarang album dia sudah dikenali ramai. (sumber : Youtube Popularkan Najwa Latif dan Cinta Muka Buku )

Bagaimanapun ada cerita yang kurang enak didengar mengenai lagu Cinta Muka Buku ni.  Semuanya gara-gara karana sebaris lirik dalam lagu itu yang berbunyi: 'itulah cinta yang satu, cinta di muka buku' yang ditulis oleh kakaknya, Syafika Latif,22. Di sebabkan sebaris lirik tersebut, Najwa Latif telah dikritik oleh beberapa pihak termasuk pengunjung laman Youtube yang menonton video muziknya.

Ikuti penafian yang dibuat oleh Najwa Latif melalui pautan di bawah berikutan kontroversi tersebut.



Suka Najwa Latif dan lagu Cinta Muka Buku? ‘like’ jer.  J
.

3 ulasan:

  1. terbaek la lagu dia..best dengar..

    BalasPadam
  2. salam singgah..anak2 PCL pon suka dgr lagu ni..tp sekadar suka2 memenuhi stuasi semasa, jgn terlampau menghayati bait2 liriknya...sepintas lalu dgr tak jd masalah kan.

    BalasPadam
  3. mcm blog sufferzine pulak..hye sy blogwalk sini ya.. =p

    BalasPadam

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez