Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Khamis, 29 September 2011

Letupan Empire Shopping Gallery Subang | Lokasi Kejadian.


Assalamualaikum | Salam 1 Malaysia

Semalam (28 Sep 2011) Malaysia digemparkan dengan kejadian letupan di Empire Shopping Gallery Subang.  Kejadian letupan yang berlaku jam 3.40 pagi itu menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah termasuk rangkaian cafe terkenal.  Letupan itu juga turut menyebabkan 4 orang tercedera.


Siasatan awal mendapati letupan terjadi di luar kompleks Empire Shopping Gallery Subang dan melibatkan saluran paip gas yang bocor.  Mujurlah kejadian itu berlaku pada awal pagi.  Jika letupan itu berlaku pada waktu puncak, tak tahulah apa yang akan berlaku.


Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Mohd Khairi Daud berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar.  Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan.


Lebih banyak gambar lokasi kejadian..
----------------------------------------------

----------------------------------------------

1 ulasan:

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez