Selamat Datang ke Blog Sharifdez. Anda Pengunjung ke

Selasa, 28 Jun 2011

Blog Review : 7 Minggu 200 Follower. Perjalanan Masih Jauh.


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua blogger, tak kira dari Malaysia atau dari luar negara.


Terasa cepat benar masa berlalu. Sedar tak sedar, dah 7 minggu usia belog ini.  Sepanjang tempoh itu, Sharifdez telah menemui banyak blog-blog baru telah muncul untuk memeriahkan lagi suasana.  Sharifdez turut berasa gembira dan sedikit cemburu.  Eh, cemburu?

Ya cemburu.  Cemburu kerana melihat blogger-blogger baru ni dah macam lama berbelog pula.  Blog baru ada 3 4 entri tetapi pengikut dah nak cecah 100.  Header dan templet blog pon hebat-hebat.  Sharifdez  guna yang biasa ja. Huhuhu.  Cemburu sekejab.

Tapi bagus juga ada rasa cemburu ni.  Jika berfikiran positif, kita akan berusaha untuk melakukan lebih baik lagi. Betul tak?

Perjalanan Masih Jauh.

Sasaran 10 000 bloglist mungkin terlalu sukar untuk dicapai.  Melihat kepada blog-blog yang terlebih dahulu muncul, ada yang dah 2 tahun lebih tetapi pengikut masih belum cecah 5000.  Tetapi, jika melihat kepada jumlah pelawat atau trafik blog mereka pula, Sharifdez yakin blog mereka mempunyai pembaca setia. Pembaca setia ya. Bukan pengikut setia.  Jangan salah faham pula.

Pembaca setia ini mungkin tidak mempunyai blog.  Jadi, mereka datang melalui carian Google ( Google search ).  Sebab itu penting untuk kita memilih tajuk blog yang mudah dan unik untuk pembaca ini ingat.  Selain itu, blog kita juga harus mudah untuk dijumpai di Google search.  Bagaimana caranya?  Sharifdez pun tengah tercari-cari caranya.  Hehehe.  Kalau ada, nanti Sharifdez kongsikan di blog ini, ok.

7 Minggu 200 Follower.

Sebelum Sharifdez buat karangan 14 muka surat yang Sharifdez pun tak paham, lebih baik kita usha-usha blog ni sekejab.  Apa yang best sangat pasal blog ni.  Sharifdez review blog ni sebab inilah follower blog Sharifdez yang ke 200.  HOREY, 200 sudah.


Follower ke 200


Terima kasih blog R A I M A follow blog Sharifdez.  Jom kita usha-usha blog R A I M A. Klik di sini.  Kalau suka, jangan malu-malu tinggalkan salam kat blog dan follow sekali.  Terima kasih juga kepada semua yang telah sudi follow blog ini.  Tanpa anda, tak kan wujud angka 200 ini.  TQ.


11 ulasan:

  1. jangan difikir sangat follower tu.. tumpu entri best kemudian baru la follower tu datang

    BalasPadam
  2. @Freaky Taksub sangat dengan folower ramai. Terima kasih tegur.

    BalasPadam
  3. huhuuuuuuuuuuuu, sangat terima kasih deh =)
    blog raima lah trgantung kat situ, ngee
    tp, apa2 pn, betul kata #1 (freaky)
    focuskan dekat entry, tp rsanya blog sharif pn dh ok dh, sbb baca pun, rasa best je, msti ramai yg suka blog ni =)
    apa2 pn, terima kasih sharif (^___^)

    #suka, tee hee (^__________^)

    BalasPadam
  4. emm..follower tu pnting.. tp entri best pun pnting..
    tapi...
    kalau kita terlalu fokus cri jln mcm mne nak naikkan follower sampai lupa nak pertingkatkn entri untk pmbaca, pembaca blh lari. bila smpai waktu tu nnti, kita jgk yg kesiankan..fokus pada penghasiln entri yg blh dikongsi.. bila entri menarik,follower akn dtg sndirikan :)

    BalasPadam
  5. saya pon cmburu blog nie...hhehheh

    BalasPadam
  6. hehe..

    untung laahh 200 dah..

    :)...

    BalasPadam
  7. blog kita bukan dinilai dari jumlah follower.
    tapi dari entry yang bagus..
    entry yang bagus akan buat orang ramai komen..sekaligus akan ramai yang follow..
    jumlah follower perkara terakhir yang kita perlu fikir bila berblog..
    rajin bw dan mempekenalkan blog akan ramai la yang follow..

    BalasPadam
  8. follower tak penting..yang penting mereka yang setia dan sudi membaca..tu dah cukup penting..

    tahniah..7 minggu dah 200!

    BalasPadam
  9. hehe..as-salam...
    ramai kate followers x penting?ngeh2...pd sy..50-50 la..if klau syik pk followers pon x best gak sharifdez..entry pon kene perkukuh an .. cthnye sy... da dkat 6bulan berblog..tapi followers cipottt jek..sedeh2 gak ..tapi cer try jugak banyak an entry n komen blog org..then join segmen..ngan cra ni kite dpat knal rmai blogger yg bahek aty..btol x? hehe...ap2 pon sy btrima kasih sbab sharifdez pnah nek an trafik blog sy..maceh...

    ** gengz jom terjah blog ke blog n same2 nek an trafik blog masing2..salam knal2 yekkk..sbab sy suke menerjah!!! yeh rockkkk

    BalasPadam
  10. akak punye follower lagi la tercungap-cungap...tpi takpelah...at least ada org singgah blog baca entry pun dah ok...

    anyway, i'm ur 220 follower :)

    BalasPadam

Terima kasih baca entri ini. Sila tinggalkan komen.

Lima Pilihan Blog Inspirasi

Kisah dan Cerita Rakan - Rakan Blog Sharifdez

Pilihan Pembaca di Blog Sharifdez | Terbaik Minggu Ini.

Paling Kerap Dibaca di Blog Sharifdez | Terbaik

Kisah dan Cerita yang Lalu di Blog Sharifdez